JANGAN UNDANG MURKA ALLAH
Umat Islam
tidak boleh memandang ringan ancaman kaum Nabi Luth yang suka melakukan seks
luar tabii kerana ia bertentangan dengan fitrah yang Allah kurniakan kepada
manusia. Ini adalah fitrah yang di tanam oleh nafsu dan syaitan. Love for lust,
jika semua pihak sama ada sama ada kalangan agama, politik, pendidik dan
Ibubapa tidak peka, apakah tidak mustahil generasi mendatang dengan
senang hati mengaku beragama Islam tetapi buat kerja-kerja songsang. Apakah kita
tidak takut dengan kemurkaan Allah ?
Enam ratus
lima puluh sembilan pasangan dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan sejenis
di New York pada 24 julai 2011 mencatatkan rekod jumlah perkahwinan gay
dan lesbian yang terbanyak dalam sehari" New York adalah negeri keenam di
Amerika Syarikat (AS) yang menghalalkan perkahwinan sejenis. ini bermakna 44
negeri sahaja lagi di negara pengeksport ideologi demokrasi , kebebasan dan hak
asasi manusia itu yang belum mengiktiraf seks dan perkahwinan sejenis . Apakah
tidak mustahil negeri-negeri lain juga akan mengkut jejak langkah New york ?
Semua keseronokan , buat dosa, melakukan seks luar tabie ini ada di
Bangkok. Logiknya hanya masa yang menunda perlaksanaan kebebasan yang amat
bertentangan dengan syariat agama Islam.
UMAT Islam
sebenarnya bukannaya lemah tetapi kurang kesedaran terutama apabila banyak
sangat duit-duit angin, mulalah lupa diri , tidak mengunakan seluruh kekuatan potensi
, tidak berdikari dan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah akibat banyak
bergantung kepada budaya barat yang menyesatkan dan membawa kita ke neraka. Apa
yang kita pernah lihat di Bangkok kini ada di Kuala Lumpur dan Jakarta. Semakin
hari semakin ramai ynag mengikut perangai buruk kebebasan ala Barat dari
kejayaan di bidang teknologi dan lain-lainnya.
BALA bencana
yang paling besar menimpa dunia hari ini adalah "Seksualiti Merdeka"
menuntut kebebasan bagi seks semua jenis (termasuk pondan) yang dinamakan LBGT
Akronim bagi Lesbian , Gay , Biseksual , transgender . Nauzubillah . Apakah
kita mahu Tuhan terbalikkan bumi Malaysia ini seperti yang berlaku di
bandar Sodom iaitu bandar kaum Nabi Luth AS ?
sumber : http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2012/12/jangan-undang-murka-allah.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terima Kasih